Followers

Sunday 9 October 2016

Siapa Stress Kena Baca !

Assalamualaikum.


Hari ini kita lari topik daripada kisah Shaklee. Okay, tipulah kalau tak ada orang yang stress atas bumi ni kan?


Ada banyak faktor yang sebabkan kita stress. Belajar, bekerja dan hubungan dengan orang sekeliling boleh jadi penyebab kita jadi stress. Sebenarnya antara masalahnya kita jadi stress sebab kita hanya fikirkan satu perkara secara terlampau sampailah kita sendiri yang jadi kusut.


Jadi hari ini saya nak share tentang cara-cara yang kita boleh buat untuk kurangkan stress.


1. Melompat!

Cara ini berkesan untuk saya. Selalunya bila dah stress sangat lepas study, saya buat lompat bintang. Dah alang-alang tengah dengar lagu dekat radio tu menarilah sikit sampai rasa berpeluh. Bila dah rasa penat, rileks kejap. Ha... mungkin dah rasa kurang stress tu.


2. Melukis!

Eceh... mentang-mentanglah STPM ni ambil subjek seni, terus bagi tips suruh korang melukis ya. Betul. Bila kita mula melukis, kita akan lupa segala masalah. Kita akan bagi concentrate pada lukisan. So, kita tak ingat lagi dekat masalah yang buat kita stress. Cuma masalahnya bila melukis ni, susah nak stop. Jadi berkemungkinan akan drag masa korang kalau tak berdisiplin macam saya.


3. Tidur!

Kadang-kadang kita ni banyak kerja bertimbun. So, terpaksa tidur pagi dan bangun waktu pagi. Hahaha. Ini memang pengalaman sendiri. Jadi bila dah tiba waktu petang, nak tak nak kena tidur. Jadi barulah badan boleh rileks. Otakpun berehat kejap. Tapi kadang-kadang sampai tidurpun kerja ataupun masalah yang korang ada akan muncul juga. Hrmm...


4. Bercakap je!

We are human. We need to talk. Bercakap ni tak semestinya bercakap dengan orang. Bercakap dengan benda pun boleh. Contohnya katil ke, dinding ke... Eh? Gila ke apa?!
Hahaha. It sound like crazy. Tapi rasanya itu lagi okay daripada ada barang yang jadi superman sebab stress yang melampau. Jadi jangan takut. Bercakap je. Tips untuk secure lebih tu kenalah pastikan tiada orang yang tak berkenaan daripada tertengok korang yang tengah membebel sorang-sorang dekat tiang katil.



5. Solat!

Kita manusia yang selalu lupa yang Dia selalu ada. Jarang-jarang dahi kita menyentuh lantai dan meluahkan masalah kepada dia. Kadang-kadang lepas tu kita akan lega bila kita dah solat.
Time bersujud tu luahkan permintaan dalam hati. Dan waktu berdoa set dalam otak- Dia Maha Mendengar. Dia Maha Mengetahui. Dia Maha Berkuasa. Dan Dialah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
So, tak adalah korang rasa stress bila dapa rasa yang Dia sangat-sangat sayang dekat korang tau.


Trylah. Kadang-kadang kita tak boleh ikut cara orang. Semua orang adalah unikk dan ada jalan serta cara yang tersendiri. Find your own way. So, you will be more happy than before :) *wink*


Apa-apapun sebelum berhenti menaip, saya nak ingatkan masih ada baki beberapa hari lagi untuk mendaftar menjadi ahli Shaklee plus dapat free lecithin dan vitamin c. Boleh klik sini. 


Bye.


Boleh bertanya, membeli, mendaftar dan mendapat nasihat cara pemakanan daripada saya, pengedar Shaklee yang sah.



Khadijah 
ID : 1226555
0193745642
(sms / whatsapp sahaja)

4 comments:

  1. nice sharing. sis selalu melukis je. apapun solat mmg utama! :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas tips diatas. Ianya bermanfaat untuk smua.. :)

    ReplyDelete